dah bezaman update blog pakai fon..tp hr ni rase nak pakai lappy.mengagau carik mane nak post..cm haram.lama jugak smpy google search.budus kan.orait..bukan ni pn aku nak cerite.
"kau okey?"
"aku okey je,kenape?"
"jangan tipu,bukan ke kau baru je putus harap dgn org yg kau cinta sejak dulu.tak mungkin kau okey."
"aku okey lah.takde mase nak sedih sedih ni.mmg la aku putus cinta tp aku perlu ke nak meratap lama lama?"
"sekelumit pun tak ?"
"tak sama sekali.ah banyak tanya kau ni.aku tahu kau gelar aku pempuan rapuh.namun aku rasa dah cukup agaknye utk terus menerus rapuh.aku tahu aku kuat.lebih kuat dari sebelum ni"
"jadi kau dah lupakan dia ?"
"sudah.perasaan aku kepada dia bertukar kosong atau mungkin masuk ke zon negatif satu"
"secepat itu,mana mungkin.bukankah kalau kita mencintai seseorang itu memang sukar utk melupakannya"
"tapi tidak aku"
"kenapa?"
"aku belajar menerima qada dan qadar.aku menerima apa sahaja yg terjadi dgn redha.apapun yg terjadi semuanya kerana kehendak Yang Maha Kuasa.Dia lebih tahu mana baik dan mana buruk utk aku"
"jadi?"
"jadiii..seteruk mana aku dilukai,sekecewa mana aku rasai,aku tetap ada tuhan yang mengerti dan menyayangi.tak guna nak bersedih kalau dia bukan utk kita.sesungguhnya tuhan itu sengaja temukan kita dgn org yg salah sebelum kita bertemu dgn org yg betul"
"biarpun acap kali bertemu org yg salah?"
"ya,kerana itu hanya ujian daripada Allah SWT untukmu.pengalaman akan mematangkanmu.mustahil tiada insan yg terbaik untukmu biarpun sudah acap kali hati mu terluka merana"
"tapi semuanya ambil masa"
"ya,mmg mengambil masa.tak mengapa,cpt atau lambat ia tetap akan ada.jangan dikhuatiri,Allah SWT itu Maha Adil atas segala yg berlaku.jangan dibiar hati itu sakit,teruskan hidup seperti biasa walaupun sukar.belajar menerima kenyataan"
"aku mencari hawa-ku yg selama ini mengambil rusuk kiri ku"
"aku mencari adam-ku yg selama ini ku ambil rusuk kirinya"
"entah siapa lah adam-ku itu"
"adam itu ada di luar sana,yang kau sndiri tatahu di mana.sabarlah.Insyaallah ada"
"tabah sungguh kelihatannya"
"aku tabah kerana aku punya kekuatan yg disalurkan oleh Allah SWT,keluargaku,sahabatku dan diriku yg cuba bertahan.kau perlu tahu hidup tak selalunya indah,tak smua kita mahukan kita akan dapat.dan aku tak mahu menjadi si bodoh yg jatuh cinta membabi buta tanpa mencelikkan matanya "
_oktober_
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment